Komen Semasa 「Taiwan – Amerika Syarikat Sekeluarga」Itulah sejarah dan juga masa depan

Oleh Sen Hong Yang Berita Inggeris Taiwan – Komen Semasa

(Image from Flickr user Kevin Harber)

(Image from Flickr user Kevin Harber)

「Taiwan – Amerika Syarikat Sekeluarga」merupakan masa depan Taiwan. Setelah 40 tahun melaksanakan 「Akta Hubungan Taiwan」, hubungan antara Taiwan dan Amerika Syarikat telah melebihi hubungan diplomatik yang biasa malah menjadi 「Hubungan istimewa antara negara」.Hubungan diplomatik yang biasa boleh berkurangan ataupun putus. Tetapi hubungan antara Taiwan dan Amerika Syarikat ditentukan oleh Akta dalam negeri di Amerika Syarikat yang mengatasi segala hubungan yang ditetapkan oleh Akta Antarabangsa. Ia merupakan struktur yang amat stabil.

Walaupun Taiwan tidak merupakan sebahagian daripada Amerika Syarikat pada masa sekarang tetapi pada dasarnya hubungan Taiwan dengan Amerika Syarikat lebih mendekati hubungan sekeluarga. Di bawah struktur undang-undang baru yang ditetapkan oleh kerajaan Trumph, tidak kira 「Akta Pelancongan Taiwan」ataupun 「Akta Pengambilan Bahagian Antarabangsa Taiwan」 (Taiwan International Participation Act) yang dicadangkan oleh Cory Gardner ® bersama Ed Harkey (D) ataupun 「Akta Jaminan Asia」(ARIA) merupakan jaminan oleh Amerika Syarikat terhadap Taiwan di mana Taiwan hampir menganggap Taiwan sebagai bidang kuasanya. Ia juga bermakna penyediaan undang-undang (capacity building) Amerika Syarikat telah memasuki persediaan pentadbiran langsung (Preparation for governing directly) terhadap Taiwan yang merupakan negara「di bawah rahang kematian」.

Taiwan pada masa depan harus menetapkan 「Akta Hubungan Amerika Syarikat」untuk menjawab pola baru ini yang mengumpamakan status istimewa. Pelbagai undang-undang Amerika Syarikat yang berkenaan dengan Taiwan dan setelah disahkan oleh undang-undang dalam negeri Taiwan dapat memberitahu Amerika Syarikat bahawa undang-undangnya dialu-alukan oleh rakyat Taiwan.

Sebelum undang-undang ini muncul, Taiwan boleh melaksanakan hal-hal berikut: 1. Harus mengumumkan dollar Amerika Syarikat sebagai mata wang sah di Taiwan dan dipergunakan di pasaran bersama-sama dollar Taiwan baru. 2. Harus mengumumkan bahawa bahasa Amerika Syarikat sebagai bahasa kebangsaan Taiwan dan dipergunakan dalam sekolah menjadi matapelajaran yang utama dan kursus saintifik seperti matematik, biologi dan sains diajar dengan bahasa Amerika Syarikat. 3. Perancangan zon bahasa Inggeris Amerika di merata tempat (American English Speaking towns) dan akta tawaran untuk menarik organisasi bukan kerajaan (NGO) kebajikan awam antarabangsa membuka cawangan Asia di Taiwan. Membolehkan Taiwan menjadi U.N. (United NGOs) yang baru iaitu 「Negara bangsa bersatu NGO」global.

Pembangunan Taiwan pada masa depan patut menitikberatkan laluan Amerika Syarikat. Taiwan menerima pelbagai manfaat daripada nilai Amerika Syarikat dan kian membangun di bawah asas perundangan demokrasi dan hak asasi manusia. Sekarang telahpun memasuki peringkat yang baru dan semakin menyebelahi Amerika Syarikat. Pembangunan pasaran baru di lautan Indian, lautan pasifik dan asia tenggara bersama-sama Amerika Syarikat dan Jepun barulah merupakan laluan baru Taiwan. Taiwan harus meningkatkan daya untuk antarabangsa dan juga meningkatkan daya untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Jepun.

Dalam era analisis data besar digital dan pintar kemanusiaan, sempadan negara tidak lagi dapat ditetapkan oleh kaedah sehala dan analogi. Masa depan negara Taiwan harus berdiri di atas bahu gergasi dan gergasi ini merupakan perikatan pembinaan perundangan negara demokrasi dan hak asasi manusia yang baru berdasarkan Amerika Syarikat pada 20 tahun yang akan datang. Taiwan harus menyertai badan campuran politik, ekonomi dan kemanusiaan besar yang sedang dibina secara bertutur-turut. Taiwan harus melengkapi 「Pembukaan Negara Semula」digital secara sendiri dan pembangunan pendidikan pendalaman dan Bandar Pintar untuk menyambung dengan gabungan GDP yang paling besar di dunia.

Yang dapat diperlihatkan pada masa depan, trend dunia ini berasaskan perbadanan sistem demokrasi dan bergabung menjadi era yang satu kerajaan, satu mata wang, satu pasukan askar yang 「Perundangan bersama pelbagai pihak manfaat berhubungan」(multi-stakeholder co-regulation). Fungsi-fungsi seperti digital, blok rantaian, kongsi mesra analisis data besar dan penggunaan pintar kemanusiaan akan mengambilalih kaedah pentadbiran kerajaan negara pada masa kini. Rakyat Taiwan mendapat pengecualian visa dan laluan otomatik di banyak negara merupakan petunjuk awal bagi era baru. Seumpama dengan teknologi baru mengambilalih banyak industry dan salah satu industry berkemungkinan besar merupakan golongan politik tradisional ataupun kerajaan dan negara. Operasi ini harus menggunakan bahasa inggeris Amerika sebagai bahasa utama dan mata wang yang diguna adalah dollar Amerika Syarikat.

Konsep ini seumpama harus membuat pertimbangan mengambil langkah-langkah berjaga sebelum menghadapi masalah.

Taiwan dan Amerika Syarikat sekeluarga berasaskan 『Akta Hubungan Taiwan』selama 40 tahun mempunyai jaminan keselamatan terhadap Taiwan berbanding dengan pertimbangan yang lain. Kita harus menjadikan 「Akta Hubungan Taiwan」Amerika Syarikat sebagai model untuk membolehkan perundangan 「Akta Hubungan Taiwan」di negara-negara demokrasi pada masa depan. Ini membolehkan Akta Hubungan Taiwan menjadi nombor konvensyen dalam negara demokrasi di dunia dan menggabung sebagai gabungan yang baru. 「Taiwan – Amrika Syarikat sekeluarga」bukan sahaja sejarah tetapi juga masa depan.

Penulis Sen Hong Yang. Presiden Hak Asasi Kemanusiaan Cina di Taiwan